SELAMAT DATANG KE BLOG KRT TAMAN SERAI PERMAI

28 Januari 2010

Taklimat e-RT

Tarikh: 28 Januari 2010
Masa: 9.30
Tempat: Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Aras 5, Wisma Persekutuan, Taiping

Taklimat berkaitan dengan perlaksanaan sistem e-RT (Electronic Rukun Tetangga) bagi KRT terpilih sebagai projek perintis. Sesungguhnya KRT Taman Serai Permai amat bertuah kerana telah terpilih (hanya 6 KRT di daerah Kerian) menyertai kumpulan perintis ini dalam menjayakan sistem pengurusan maklumat secara online ini. Objektif utama sistem ini adalah untuk mewujudkan sistem maklumat terpusat (Centralised Information System) yang komprehensif berpandukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk Kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Tabika Perpaduan bagi meningkatkan pengurusan, pemantauan dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada semua pihak yang berkenaan.Setiausaha dan Pengerusi KRT telah menghadiri taklimat ini yang disampaikan oleh En. Meor Azam B. Meor Harun. (Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Larut Matang, Selama & Kerian)

Setiausaha dan Pengerusi sedang mendengar taklimat

Keratan akhbar Sinar Harian berhubung dengan Taklimat e-RT dan Penyerahan Komputer

19 Januari 2010

Pertandingan Bola Tampar

Tarikh: 17 Januari 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Gelanggang Bola Tampar, Taman Serai Permai

Pertandingan dijalankan secara liga yang melibatkan empat pasukan iaitu Alza, Exora, Citra dan Avanza. Perasmian dilakukan oleh En. Sharudin Ahmad yang mewakili Y.B ADUN Alor Pongsu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B En. Sham B. Mat Sahat. Pertandingan berjalan lancar dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak khususnya pihak Y.B. dan Ketua Pemuda. Pihak KRT sedang mempertimbangkan saranan dari pelbagai pihak agar pertandingan diadakan sekerap yang mungkin.





Aktiviti Senamrobik

Tarikh: 17 Januari 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Padang Bola Sepak, Taman Serai Permai

Matlamat aktiviti adalah untuk memupuk nilai mengutamakan penjagaan kesihatan melalui senaman di samping mengeratkan hubungan antara semua kaum di dalam taman. Aktiviti senamrobik dipimpin dan dikendalikan oleh En. Sirrajudin Bin Ghani yang juga Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi KRT Taman Serai Permai. Senamrobik diiringi oleh irama muzik pelbagai rentak yang turut diselitkan dengan irama tarian poco-poco. Sambutan amat baik dengan pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan suasana pagi berkenaan. Pelbagai pihak menyarankan agar peogram ini diadakan secara berkala.





Ceramah Maal Hijrah

Tarikh: 10 Januari 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Tabika Perpaduan, Taman Serai Permai

Program bermula selepas solat maghrib dimana jamuan bersama penceramah diadakan di rumah En. Khairuddin Mohammad. Beberapa anggota polis dari Balai Polis Bagan Serai telah membuka Kaunter Rakan Cop berhampiran tempat cermah. Tujuannya adalah untuk memberi penerangan dan membuat penndaftaran bagi yang berminat untuk menjadi ‘Rakan Cop’. Selepas solat isyak, kira-kira jam 9.15 malam majlis ceramah dimulakan. Ceramah yang diberikan amat menarik kerana disampaikan dengan bahasa yang mudah dan disertakan unsur jenaka. Setelah ceramah tamat jam 11.15, gotong-royong untuk menyimpan dan mengemas dilakukan.



Hari Asyura

Tarikh:10 Januari 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perkarangan Tabika Perpaduan, Taman Serai Permai

Aktiviti dimulakan dengan memasak sarapan pagi. Setelah bersarapan maka bermulalah acara memasak bubur asyura yang diketuai oleh En. Khairuddin b. Mohammad. Sebanyak lima kawah bubur asura dikacau secara bergilir-gilir oleh semua penduduk taman yang hadir. Bubur masak lebih kurang pada jam 1.30 tengah hari yang menghasil lebih kurang 450 paket. Bubur asyura yang telah siap dipek diedarkan kepada hampir keseluruh penduduk taman. Turut hadir pada progaram kali ini ialah Y.Bhg. Dato’ Zaili B. Cha, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai. Beliau meluangkan masa lebih kurang setengah jam untuk beramah mesra dengan penduduk. Program ini juga turut dihadiri oleh En. Khairol Azman b. Noorizan, Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Kerian yang turut bersama penduduk mengacau bubur asyura.