SELAMAT DATANG KE BLOG KRT TAMAN SERAI PERMAI

06 April 2010

Majlis Malam Jasamu Dikenang Dan Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga Daerah Kerian

Tarikh: 4/4/2010
Masa: 8.30 malam
Tempat: Hotel Damai Parit Buntar

Keratan akhbar Sinar Harian berkaitan majlis berkenaan

Pegawai Daerah Kerian, Tn. Hj. Ismail b. Hassan telah merasmikan majlis ini yang turut dihadiri oleh YB. En. Sham b. Mat Sahat, ADUN Kawasan Alor Pongsu. Antara jemputan khas lain yang turut sama ialah En. Meor Azam b. Meor Harun, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Larut Matang Selama dan Kerian, DSP Mohd Redzuan b. Bachik, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Pegawai-pegawai Khas Menteri Besar Perak dan Pegawai-pegawai di Jabtan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang lain. Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Kerian ini dibahagikan kepada dua segmen utama. Segmen pertama adalah Anugerah Khas Jasamu dikenang yang bertujuan untuk menghargai dan seterusnya mengiktiraf sumbangan bekas-bekas Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kerian. Segmen kedua merupakan Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga bagi enam kategori. Pemenangnya adalah seperti berikut:
  1. Kategori Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Cemerlang - En. Halbe b. Othman, Setiausaha KRT Simpang Empat Semanggol.
  2. Kategori Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita Cemerlang - Pn. Rosni bt. Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Pekan Parit Buntar.
  3. Kategori Ahli Jawatankuasa Jiran Muda Cemerlang - Cik Nor Hafizah bt. Mohd Nor Pengerusi Jawatankuasa Jiran Muda KRT Taman Serai Jaya.
  4. Kategori Ahli Jawatankuasa Jiran Usia Emas Cemerlang - Tn. Hj. Othman b. Abd Wahab Pengerusi Jawatankuasa Jiran Usia Emas KRT Jalan Abdul Raof/Dennistown
  5. Kategori Skim Rondaan Sukarela Cemerlang - KRT Tanah Kebun
  6. Kategori Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang - KRT Taman Serai Permai
Bergambar bersama En. Meor Azam b. Meor Harun (Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah LMS dan Kerian) dan En. Khairol Azman b. Noorizan (Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Kerian)

En. Mohd Naim b. Abdullah (Pengerusi KRT Taman Serai Permai) dengan plak kemenangan KRT Cemerlang Daerah Kerian

Menerima plak sijil selaku KRT Cemerlang dari Tuan Pegawai Daerah Kerian

i
Antara wakil KRT Taman Serai Permai yang hadir

Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Ismail b. Hassan, Pegawai Daerah Kerian

Pengerusi KRT Taman Serai Permai bersama tetamu lain

Antara wakil KRT Taman Serai Permai

05 April 2010

Seminar Keselamatan dan Peranan KRT Terhadap Kesejahteraan Masyarakat

Tarikh: 3/4/2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Kerian Parit Buntar

Seminar keselamatan dan peranan Kawasan Rukun Tetangga terhadap kesejahteraan masyarakat. Dianjurkan oleh KRT Taman Murni/Harmoni, Persatuan Penduduk Taman Murni, Jawatankuasa Penduduk di bawah Majlis Daerah Kerian, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kerian dan Ibupejabat Polis Daerah Kerian. KRT Taaman Serai Permai diwakili oleh En. Mohd Naim b. Abdullah, En. Hashim b. Mat Som dan En. Rodzi b. Tahir.