SELAMAT DATANG KE BLOG KRT TAMAN SERAI PERMAI

21 Mac 2010

Demontrasi Karate-do

Tarikh: 20/3/2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Gelanggang Bola Tampar Taman Serai Permai

Satu demontrasi karate-do oleh Persatuan Karate-do Kerian diadakan sebagai pertunjukkan untuk pengambilan ahli-ahli baru dan pembukaan gelanggang latihan di Taman Serai Permai. Pendaftaran ahli baru boleh dibuat melalui borang yang disediakan dan hendaklah dihantar pada 27 Mac semasa perjumpaan yang pertama. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mr. Sarawanan 017-4297204.








14 Mac 2010

Ceramah Maulidur Rasul

Tarikh: 13 Mac 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Padang Bola Taman Serai Permai

Majlis ini dianjurkan bersama oleh KRT dan JKP Taman Serai Permai. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Mohammad Shukri b. Osman, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM Nibong Tebal. 








08 Mac 2010

Majlis Taklimat dan Dialog SRS

Tarikh: 6 Mac 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Jalan Serai Permai 9

Tujuan majlis taklimat dan dialog berkaitan skim rondaan sukarela diadakan adalah bagi memastikan bahawa wujudnya kefahaman dan tindakan yang betul tentang tanggungjawab,  kuasa dan tatacara ahli Skim Rondaan Sukarela. 






04 Mac 2010

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Kali Ke 3

Tarikh: 1 Mac 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: No.62, Jalan Serai Permai 9, Taman Serai Permai

Fokus mesyurat adalah berkaitan majlis maulidur rasul. Mesyuarat yang dipengeruskan oleh Pengerusi KRT tamat pada jam 11.40 malam. Antara ketetapan yang dibuat ialah, Taklimat SRS akan diadakan pada 6 Mac dan ceramah maulidur rasul akan diadakan pada 13 Mac 2010.