SELAMAT DATANG KE BLOG KRT TAMAN SERAI PERMAI

28 Februari 2010

Jamuan tahun Baru Cina

Tarikh: 27/2/2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Jalan Serai Permai 1

Majlis yang diterajui oleh komuniti cina ini telah berjaya menarik minat masyarakat melayu untuk turut serta. Y.B En. Sham B. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu tidak ketinggalan untuk bersama penduduk memeriahkan sambutan tahun baru cina kali ini. Kehadiran pelbagai kaum pada majlis ini melambangkan wujudnya perpaduan dikalangan penduduk setempat selaras dengan semangat satu Malaysia.






13 Februari 2010

Majlis Pelancaran SRS KRT Taman Serai Permai

Tarikh: 12/2/2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Padang Taman Serai Permai

Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela telah disempurnakan oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian selaku tetamu kehormat dan beberapa ketua jabatan dan pemimpin setempat yang lain. Kehadiran ahli SRS pula hampir mencecah seratus peratus. Penduduk setempat juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada penubuhan SRS di kawasan perumahan in. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Lantaran itu, maka  rasmilah sudah penubuhan Skim Rondaan Sukarela Taman Serai Permai.

Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan tentang Majlis Pelancaran SRS KRT Taman Serai Permai

Antara tetamu dan ahli SRS yang hadir

Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian sedang menyampaikan ucapan

Upacara menarik tirai pelancaran

Ucapan perasmian oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu

Antara VIP yang hadir dari kiri En. Mohd Naim B. Abdullah, Pengerusi KRT Taman Serai Permai, En. Abd. Kadar B. K. Sikintar Bacha, wakil Pegawai Perpadauan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian, Tuan Haji Ismail B. Hassan, Pegawai Daerah Kerian,  En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu dan ASP Mohd. Saad b. Ismail, Ketua Polis Balai Bagan Serai.

Jamuan selepas majlis pelancaran SRS

Pegawai Daerah Kerian memakaikan Vest Peronda SRS 


Jiran wanita turut menjayakan majlis pelancaran SRS


Gotong Royong Persediaan Majlis Pelancaran

Tarikh: 11/2/2010
Masa: 8.30 malam
Tempat: Padang Taman Serai Permai

KRT Taman Serai Permai mengadakan gotong royong sebagai persediaan untuk Majlis Pelancaran SRS. Kira-kira 30 orang penduduk terlibat memulakan kerja-kerja persediaan ini yang berlanjutan hingga ke pagi esoknya.

11 Februari 2010

Mesyuarat Khas

Tarikh: 10/2/2010
Masa:  9 malam
Tempat: Tabika Perpaduan

Mesyuarat khas jawatankuasa KRT diadakan untuk mendapat maklum balas akan perkembangan persediaan untuk Majlis Pelancaran SRS dan  mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ditambah baik. Mesyuarat juga memperincikan perjalanan majlis bagi memastikan majlis berkenaan akan berjalan lancar. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KRT yang turut dihadiri oleh En. Khairol Azman b. Noorizan, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kerian yang juga Penasihat bagi Jawatankuasa Majlis Pelancaran SRS ini. Mesyuarat di akhiri dengan agihan Baju T dan Topi kepada Peronda SRS dan menggantung Banner.






08 Februari 2010

Mesyuarat Perlantikan JPTP

Tarikh: 7/2/2010
Masa: 5.30 petang
Tempat: Tabika Perpaduan, Taman Serai Permai

Mesyuarat perlantikan Jawatankuasa Pengelola Tabika Perpaduan ini dipengerusikan oleh En. Khairol Azman b. Noorizan, Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Kerian.  En. Mohd Naim Abdullah telah dipilih semula sebagai Pengerusi JPTP. Mesyuarat tamat pada jam 6.45 petang.





Gotong Royong Kenduri

Tarikh: 7/2/1010
Masa: Dari pagi hingga ke petang
Tempat: 33, Jalan Serai Permai 11, Taman Serai Permai

Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Serai Permai telah bergotong royong bagi menjayakan majlis kenduri kahwin anak En. Mat shah b. Omar. Gotong royong ini sebenarnya bermula sehari lebih awal melibatkan kerja melapah kerbau, memasak untuk majlis marhaban dan persediaan kenduri yang lain. Gotong royong ini turut melibatkan jiran wanita dan saudara-mara tuan rumah. Kerja amal ini bukan sahaja dapat memeriahkan majlis perkahwinan tetapi yang pentingnya ialah gotong royong ini juga dapat membantu meringankan beban tuan rumah. Demikianlah muafakat penduduk yang menjadi tradisi di Taman Serai Permai ini.




02 Februari 2010

Mesyuarat AJK KRT

Tarikh: 1/2/2010
Masa: 9 malam
Tempat: Tabika Perpaduan

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT Taman Serai Permai Kali kedua ini menfokuskan kepada perbincangan dan penetepan aspek-aspek yang berkaitan majlis pelancaran sekim rondaan sukarela. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi KRT ini tamat pada jam 11.45  malam.



Majlis Baca Kitab

Tarikh: 31/1/2010
Masa: 4 petang
Tempat: Jalan Serai Permai 13

Majlis baca kitab ini adalah anjuran Jiran Wanita KRT Taman Serai Permai yang di adakan dua kali sebulan. Matlamat utama majlis ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap agama islam. Disamping itu, majlis ini juga membantu mengeratkan lagi ikatan  ukhuwah dikalangan muslimat. Untuk keterangan lanjut berkenaan majlis ini, sila hubungi Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Zaiton Annur Khan.
 


Mesyuarat Jiran Wanita

Tarikh: 31/1/2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Tabika Perpaduan, No.62, Jalan Serai Permai 9

Mesyuarat kali pertama bagi Jiran Wanita adalah untuk melantik ahli jawatankuasa bagi 2010/2011 serta merancang aktiviti tahunan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KRT, En. Mohd Naim Abdullah.


Mesyuarat Kenduri

Tarikh: 31/1/2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Rumah Mat Shah B. Omar

Mesyuarat kenduri bagi majlis perkahwinan anak Mat Shah b. Omar ini dipengerusikan oleh En. Mohd Naim b. Abdullah yang juga Pengerusi KRT Taman Serai Permai. Tujuan mesyuarat adalah untuk mengatur dan menetapkan tugas kerja gotong royong majlis kenduri serta melantik ketua-ketua bagi setiap  tugas kerja berkenaan.