Tarikh: 12/2/2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Padang Taman Serai Permai
Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela telah disempurnakan oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian selaku tetamu kehormat dan beberapa ketua jabatan dan pemimpin setempat yang lain. Kehadiran ahli SRS pula hampir mencecah seratus peratus. Penduduk setempat juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada penubuhan SRS di kawasan perumahan in. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Lantaran itu, maka rasmilah sudah penubuhan Skim Rondaan Sukarela Taman Serai Permai.
Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan tentang Majlis Pelancaran SRS KRT Taman Serai Permai
Antara tetamu dan ahli SRS yang hadir
Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian sedang menyampaikan ucapan
Upacara menarik tirai pelancaran
Ucapan perasmian oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu
Antara VIP yang hadir dari kiri En. Mohd Naim B. Abdullah, Pengerusi KRT Taman Serai Permai, En. Abd. Kadar B. K. Sikintar Bacha, wakil Pegawai Perpadauan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian, Tuan Haji Ismail B. Hassan, Pegawai Daerah Kerian, En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu dan ASP Mohd. Saad b. Ismail, Ketua Polis Balai Bagan Serai.
Jamuan selepas majlis pelancaran SRS
Pegawai Daerah Kerian memakaikan Vest Peronda SRS
Jiran wanita turut menjayakan majlis pelancaran SRS