SELAMAT DATANG KE BLOG KRT TAMAN SERAI PERMAI

13 Februari 2010

Majlis Pelancaran SRS KRT Taman Serai Permai

Tarikh: 12/2/2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Padang Taman Serai Permai

Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela telah disempurnakan oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian selaku tetamu kehormat dan beberapa ketua jabatan dan pemimpin setempat yang lain. Kehadiran ahli SRS pula hampir mencecah seratus peratus. Penduduk setempat juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada penubuhan SRS di kawasan perumahan in. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Lantaran itu, maka  rasmilah sudah penubuhan Skim Rondaan Sukarela Taman Serai Permai.

Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan tentang Majlis Pelancaran SRS KRT Taman Serai Permai

Antara tetamu dan ahli SRS yang hadir

Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian sedang menyampaikan ucapan

Upacara menarik tirai pelancaran

Ucapan perasmian oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu

Antara VIP yang hadir dari kiri En. Mohd Naim B. Abdullah, Pengerusi KRT Taman Serai Permai, En. Abd. Kadar B. K. Sikintar Bacha, wakil Pegawai Perpadauan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian, Tuan Haji Ismail B. Hassan, Pegawai Daerah Kerian,  En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu dan ASP Mohd. Saad b. Ismail, Ketua Polis Balai Bagan Serai.

Jamuan selepas majlis pelancaran SRS

Pegawai Daerah Kerian memakaikan Vest Peronda SRS 


Jiran wanita turut menjayakan majlis pelancaran SRS


3 ulasan:

  1. Peronda - peronda SRS Tmn Serai Permai nampak semangat malam tu..kumpulan 8 yang meneruskan rondaan hingga pukul 4.00 pagi lebih bersemangat, maklumlah pakaian sama, seragam je semua pagi tu...nampak ada keikhlasan menjalankan tugas rondaan..tahniah untuk semua.


    Ikhlas Dari

    PPNIN Daerah Kerian
    Perak

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam